Ambil tindakan drastik, MB Kedah minta tiada lagi program terkinjal-kijal di Kedah

Ambil tindakan drastik, MB Kedah minta tiada lagi program terkinjal-kijal di Kedah

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan video pengunjung di Festival Mingguan Muda-Mudi, di Balai Seni Alor Setar, Kedah dalam keadaan tidak terkawal dan bebas terutamanya ketika konsert.

Insiden tersebut membuatkan ramai pihak terutamanya masyarakan beragama Islam tidak senang lebih-lebih lagi lokasi festival tersebut diadakan adalah berdekatan dengan Masjid Zahir.

MB Kedah tak benarkan konsert hiburan di Kedah lagi

Disebabkan isu berkenaan menjadi perbualan di media sosial, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noh telah meminta agar segala program yang sebegitu tidak akan diadakan lagi di Kedah.

Buat aktiviti yang lebih bermanfaat

Hal tersebut di maklumkan oleh beliau menerusi media sosialnya dan mengatakan bahawa konsert hiburan yang berlangsung di Balai Seni Alor Star itu menjadi penanda aras berkenaan aktiviti yang boleh merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut memberi cadanga agar diadakan program-program yang lebih menyihatkan fizikal dan mental supaya rakyat Kedah tidak terus terjebak dengan anasir tidak sihat seperti konsert yang terjadi kelmarin.

Terdahulu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad memaklumkan yang Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak mengeluarkan lesen untuk penganjuran konsert itu, malah lesen hiburan terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Kota Setar.

Walau bagaimanapun, pihak MBAS akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut termasuk memanggil penganjur bagi mendapatkan penjelasan daripada mereka.

 

Sumber: Facebook Muhammad Sanusi Md NohHarian Metro (Noorazura Abdul Rahman)