Takut buat laporan polis, penyanyi BBNU dedah nyaris dicabul vokalis kumpulan Indie
Baru-baru ini, seorang penyanyi wanita BBNU (budak baru nak up) mendedahkan dirinya nyaris menjadi mangsa rogol oleh seorang individu. Seriuslah? Macam tak sangka pulak!
Dia yang digilap bakatnya menerusi sebuah program realiti nyanyian sejak tiga tahun lalu mengatakan individu yang mencabulnya juga seorang BBNU seperti dirinya.
Difahamkan, penyanyi tersebut dikatakan sudah lama suka dan ‘crush’ kepada lelaki terbabit yang bergerak aktif sebagai vokalis sebuah kumpulan indie terbabit.
Malah, ada juga laporan mengatakan mereka berdua menuntut di sebuah institusi yang sama tetapi berlainan batch. Dah macam kisah junior ‘tertangkap cintan’ dengan senior lah pulak!
Menurut sumber, penyanyi remaja berkenaan hanya memaklumkan kepada syarikat pengurusan sahaja dan mengambil keputusan untuk tidak mahu melaporkan kepada pihak polis menjadi kejadian tersebut kerana berasa takut.
Meskipun sudah setahun berlalu, namun penyanyi tersebut masih berada dalam keadaan trauma.
Sumber: BOOM! (Deegun Rahman)