Bekas isteri DDNK persoal, wajarkah bapa jutawan tapi nafkah anak hanya mampu beri RM5K

Bekas isteri DDNK persoal, wajarkah bapa jutawan tapi nafkah anak hanya mampu beri RM5K

Sekitar 2 minggu lalu, seorang pakar saham tampil rayu kepada netizen agar jangan mengecam lagi pasangannya kerana umur masih muda. Namun di sebalik viral ‘drama’ hempas bantal tersebut, bekas isterinya sudah mula ‘bersilat’ di mahkamah untuk menuntut hak setelah berpisah.

 

“Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri 5K, Wajarkah?” – Bekas Isteri DDNK

 

 

Selesai urusan prosiding hadhanah….hari ini tarikh sebutan tuntut nafkah anak pula

Terdahulu, Hasmawatie sudah menghadiri prosiding tuntutan hadhanah atau penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor sambil ditemani oleh peguamnya iaitu Mardziah Kassim. Selain itu, ibu tunggal berkenaan juga memfailkan tuntutan nafkah untuk hero tunggalnya pula yang mana tarikh sebutannya berlangsung hari ini.

“Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri 5K, Wajarkah?” – Bekas Isteri DDNK

“Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri 5K, Wajarkah?” – Bekas Isteri DDNK

 

 

Sebagai seorang jutawan…2 bulan nafkah anak hanya mampu beri RM5k, wajarkah?

Menerusi hantaran terbaru di Facebooknya, Hasmawatie bertanya kepada netizen apakah tanggungjawab bapa kepada anaknya setelah berlaku perpisahan rumah tangga. Dalam status yang sama, dia turut membangkitkan persoalan adakah wajar bagi seseorang jutawan hanya memberi nafkah berjumlah RM5 ribu sahaja dalam tempoh selama 2 bulan?

“Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri 5K, Wajarkah?” – Bekas Isteri DDNK

“Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri 5K, Wajarkah?” – Bekas Isteri DDNK

 

 

Apalah sangat kalau bagi 10k sebulan untuk anak sorang…semoga kalian berjaya perolehi hak yang sepatutnya

Susulan pertanyaan itu, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang berpendapat jumlah itu agak sedikit, sekali gus mengundang persepsi bahawa bekas suaminya ‘berkira’ bab nafkah anak. Tidak ketinggalan, mereka turut menitipkan doa supaya urusan Hasmawatie serta putera tunggalnya dilancarkan sentiasa.

“Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri 5K, Wajarkah?” – Bekas Isteri DDNK

“Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri 5K, Wajarkah?” – Bekas Isteri DDNK

 

 

“Jutawan Tapi 2 Bulan Nafkah Anak Hanya Beri 5K, Wajarkah?” – Bekas Isteri DDNK

Kredit : FB Atielia De Sams