Hantar jalani rawatan, keluarga dakwa pihak madrasah dera & halang anak dibawa pulang
Baru-baru ini, tular sebuah ciapan di laman Twitter mengenai pengurusan sebuah madrasah yang dipercayai terletak di Jalan Kebun, Shah Alam sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Awalnya hantar madrasah untuk rawat adik alami gangguan
Menerusi bebenang dikongsikan oleh pengguna dikenali Hafiz Ayub, pada awalnya dia sekeluarga menghantar adiknya ke sebuah madrasah selepas mendapat tahu mereka berupaya merawat masalah gangguan oleh salah seorang kenalannya.
Madrasah Maha Zalim.
Adik saya mengalami gangguan, Dapat tahu daripada seorang kenalan ada sebuah madrasah yang bernama madrasah as-solihin di Shah Alam, Jalan Kebun ini boleh merawat. Jadi kami sekeluarga menghantar adik ke sana.
— hafiz ayub (@hafizfiz18) September 23, 2022
Madrasah kenakan syarat tak boleh lawat adik dalam tempoh 4 bulan pertama
Terang Hafiz, pihak madrasah telah mengenakan syarat-syarat buat mereka sekeluarga di mana tidak dibenarkan melawat adiknya dalam tempoh empat bulan pertama.
Disebabkan itu, bapa saudaranya terpaksa mengambil inisiatif untuk mendekatkan diri dengan pihak madrasah di mana menghulurkan bantuan supaya dapat melawat dan melihat keadaan adiknya sewaktu berada di situ.
Mula rasa tak sedap hati sehinggalah diberitahu oleh adik
Hafiz berkata, awalnya mereka tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku sehinggalah pada hari lahir adiknya apabila melihat keadaannya yang kurus, susut tubuh badan dan hitam rentung seperti berjemur di bawah matahari terik.
Misi keluarkan adik dari madrasah gagal kecuali bayar pampasan RM11,970
Disebabkan tidak sanggup melihat keadaan yang dialami oleh adiknya, Hafiz dan ahli keluarga yang lain membuat keputusan untuk mengeluarkan dia dari madrasah tersebut.
Malangnya, pihak madrasah tidak membenarkan mereka mengeluarkan dia melainkan membayar pampasan sebanyak RM11,970 memandangkan sudah melanggar perjanjian yang telah ditandatangi.
Pihak madrasah bawa lari adik
Tidak patah semangat, keluarga tersebut datang kembali ke madrasah tersebut dan kehadiran mereka diketahui oleh pihak madrasah. Apa yang mengejutkan ramai adalah pihak madrasah dikatakn cuba membawa adik lelakinya memasuki kereta untuk dibawa lari. Malangnya gagal.
Sakit pulak hati aku bila baca!
Perkongsian itu berjaya meraih perhatian ramai sehingga membuatkan warganet meluahkan rasa berang, marah dan tidak berpuas hati apabila membaca bebenang tersebut.
Mereka mengatakan madrasah tersebut tidak seharusnya menggunakan nama ‘agama’.
Perjanjian apa ni?
Hasil tinjuan mendapati kes tersebut telah mendapat perhatian pihak polis dan kini dalam siasatan.
Malah, Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga bekas penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam yang didakwa didera ‘ala militan’ sepanjang empat bulan berada di pusat itu.
Selain itu, Pertubuhan Kebajikan Darussolihin dalam kenyataan semalam menafikan dakwaan madrasah tersebut yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan penderaan ala militan kepada penghuninya.
Menurutnya, selain menekankan ilmu agama, madrasah ditubuhkan sejak 2007 melaksanakan program pemulihan dan perlindungan terhadap individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta masalah sosial.
Sumber: Twitter @hafizfiz18, Youtube mr richistenang, FMT