Minat tak disokong, ramai kecam bapa bakar koleksi K-Pop anak

Minat tak disokong, ramai kecam bapa bakar koleksi K-Pop anak

Setiap daripada kita pastinya mempunyai minat tersendiri sehingga sanggup menghabiskan duit, tenaga dan masa bagi mengumpul sesuatu barangan terutamanya buat mereka meminati artis Korea Selatan.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan hancurnya hati seorang remaja mendapat tahu semua koleksi Kpop peribadinya sudah hangus menjadi abu dibakar apabila minatnya tidak direstui kedua ibu bapanya.

Bapa tergamak bakar koleksi K-Pop anak sebab tak sokong minat

Perkongsian  pengguna TikTok telah mencetuskan amarah ramai apabila ibu bapa remaja perempuan berkenaan tergamak membakar koleksi barangan anak mereka.

Menerusi video dimuat naik oleh @cikatienn di aplikasi tersebut, dilihat remaja itu menangis apabila masuk ke dalam bilik dan mendapati barangnya sudah tiada kerana sudah dibakar.

Hancur hati, barang mahal & hadiah pemberian kawan dibakar

Dalam video tersebut, pengguna yang juga ibu kepada remaja tersebut memberitahu koleksi yang dibakar itu dibeli oleh anaknya dengan harga mahal dan ada sebahagian daripadanya diberikan oleh kawannya sebagai hadiah.

Tidak berdiam diri, dia turut pergi ke tempat barangna dibakar untuk mengutip semula serpihan-serpihan yang masih ada. Walaupun barang tersebut dalam keadaan yang menyedihkan, anaknya berjaya menjumpai sebuah kotak mengandungi beberapa barangan berharga.

 

 

@cikatienn

Mama tak galakkan..sokong pun tidak.Tapi bukan ni caranya.#fyp #kpop #CapCut #inistylekita

♬ Buah Hati – Armada

Buku journal dalam kenangan

Selain itu, ibu kepada remaja perempuan berkenaan turut berkongsi rupa sebenar buku journal yang dihasilkan oleh anaknya.

 

@cikatienn

Replying to @neauxher antara buku yg dia buat sdri.#inistylekita #kpop #journal #korea

♬ Fine – TAEYEON

Kot iye pun tak suka, bukan macam tu caranya!

Video berdurasi seminit dua puluh lapan saat yang berjaya meraih sejuta tontonan menerima pelbagai jenis reaksi di mana ramai meluahkan ketidak puasan hati dan merasakan tindakan tersebut adalah keterlaluan.

Bukan itu sahaja, ia akan menganggu emosi serta kepercayaan anak terhadap keluarganya sendiri.

Sumber: TikTok