Khairul Aming terkejut jual offline & onnline sama ramai pelanggan, netizen tanya amalan dilakukan
Sebut sahaja nama Khairul Aming, ramai yang pernah menonton video-video masakannya di media sosial. Bermula menjadi chef terkenal media sosial, Khairul Aming tidak sekadar menjadi tumpuan warganet malah selebriti-selebriti juga menjadi peminatnya.
Boleh dikatakan kini nama Khairul Aming bukanlah calang-calang personaliti media sosial dan usahawan. Mana tidaknya, perniagaan Sambal Nyet miliknya yang mula diperkenalkan tahun lalu telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa di aplikasi Shopee sehingga jualannya itu juga mencapai angka juta.
Walau bagaimanapun jika menjual secara online sudah mendapat sambutan luar biasa, tentu sahaja Khairul Aming yang menjual secara offline ini tidak merasa hairan lagi jika diserbu pelanggan. Khairul Aming terbaharu bagaimanapun meluahkan rasa terkejut selepas dia menerima pelanggan yang begitu ramai selepas menjual secara offline.
Pertama kali melakukan hal itu, Khairul Aming menerima pelanggan yang sangat ramai sehingga beratur panjang diruangannya menjual Sambal Nyet ini.
@khairulaming panjangnya orang beratur. thank you guyssss! 🥺 #SambalNyet #makanlokal
Video dikongsikan Khairul Aming di akaun miliknya itu mendapat perhatian ribuan pengguna aplikasi tersebut yang tidak hanya netizen meninggalkan ribuan tanda suka malah ruangan komen juga ditinggalkan ratusan reaksi daripada warganet yang turut merasa kagum malah tertanya-tanya amalan yang dilakukannya sehingga murah rezeki seperti itu.
“Nak tahu amalan apa yang…”
“Terbaiklah Khairul Aming…”
“Panjangnya line…”
“Tahniah semoga terus berjaya”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut: