Wajah seiras arwah bapa, netize puji kecantikan anak Tiara Jacqueline

Wajah seiras arwah bapa, netize puji kecantikan anak Tiara Jacqueline

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pengarah hebat, Tiara Jacquelina kan? Baru-baru ini, dia ada memuat naik satu perkongsian yang mencuri tumpuan ramai di laman Instagram miliknya.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, dia mendedikasikan hantaran tersebut kepada anak gadisnya yang menyambut ulang tahun kelahiran.

Di dalam hantaran tersebut, Tiara memberikan ucapan selamat hari jadi kepada anaknya iaitu Hani Karmila dan turut berkongsikan gambar ‘selfie’ mereka berdua. Dia juga mendoakan yang terbaik untuk anak gadisnya itu dan berharap dia akan sentiasa bahagia, sihat dan berjaya mencapai segala kemahuannya.

 

Gambar yang dimuat naik itu juga turut menjadi bualan ramai di mana rata-rata netizen memuji kecantikan gadis itu yang mewarisinya dari kedua ibu bapanya. Malah tidak kurang juga yang menyamakan iras wajah gadis itu dengan arwah bapanya, Hani Mohsin terutama bahagian senyumannya itu.

 

 

 

Menariknya lagi, dia juga baru sahaja memenangi pingat emas dalam pertandingan seni bela diri Jujitsu kategori 58kg di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memuji kecantikan Hani Karmila yang dikatakan mempunyai iras wajah sama dengan arwah bapanya itu.

“Macam mom dia cantik.”

anak

“Senyuman Mila sama betul dengan senyuman arwah Daddy dia…”

hani mohsin

“Sebijik macam arwah Hani Mohsin.”

hani karmila

 

SUMBERINSTAGRAM