Janna Nick jawab tuduhan sengaja tayang bentuk tubuh, “dari belakang memang la nampak punggung”
Beberapa hari lalu, nama selebriti berbakat besar, Janna Nick menjadi bualan ramai selepas didakwa sengaja menayang punggung sehingga menerima komen berbaur lucah terutamanya di kalangan warganet lelaki.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @asmida88 di laman TikToknya, kelihatan Janna berada di pawagam IOI City Mall dipercayai menghadiri tayangan filem Juang.
@asmida88 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #jannanick #juang #ioicitymall
saja buat tajuk ‘panas’ demi kejar ‘clickbait’
Tidak berdiam diri, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner tampil bersuara dan meluahkan rasa bengang dengan sikap segelintir blogger yang sengaja menggunakan tajuk ‘panas’ dan menempelak perbuatan tersebut di Insta Story miliknya hari ini.
Janna berkata, laporan mengenai penampilannya ketika hadir ke majlis promosi tayangan filem tersebut adalah daripada sumber tidak sahih.
“Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ya pun headline kejar clickbait, make sure sumber tu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca.
“Jangan sampaikan benda (berita) yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk saja,”tulis Janna.
Video viral tu dari peminat yang hadir acara
Jelas Janna, video tular berkenaan adalah daripada peminat yang hadir ke acara tersebut dan dia merupakan seorang wanita yang membawa anak.
Pada ketika itu, Janna menoleh ke kebelakang untuk memberikan lambaian dan mengajak anak peminat bergambar bersama dan bukannya ‘bontot’ seperti dakwaan ramai.
“Dah dari belakang, memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak?”ujar Janna.
Habis tu nak kena buat apa? Kesian perempuan semuanya nak jadi simbol seks.
Selain itu, Janna yang juga kekasih kepada pelakon kacak, Dini Schatzmann meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita yang sentiasa menjadi mangsa ‘simbol’ seks’ kepada kaum lelaki miang di luar sana.
“Habis tu nak kena buat apa ni? Kesian, jadi perempuan semua benda nak dijadikan simbol seks. Kalau dah kambing pun kena rogol.
“Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu,”luah Janna Nick.
Dikesempatan itu, selebriti berusia 27 tahun itu turut berkongsi semula situasi sesi bergambar bersama peminat yang hadir pada acara tersebut.
Sumber: TikTok @asmida88, Instagram @jannanick