Aishah lega kes tututan hadiah tanah lot GV4 selesai, dah boleh duduk tenang

Aishah lega kes tututan hadiah tanah lot GV4 selesai, dah boleh duduk tenang

PENYANYI Datuk Aishah meluahkan rasa syukur apabila kes berkaitan tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenangi ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017 akhirnya selesai.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, memberitahu dia kini sudah boleh menarik nafas lega selepas lima tahun membuat tuntutan hadiah tersebut.

“Alhamdulillah semua sudah selesai. Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang.

Aishah bersetuju dengan tawaran yang dibuat penaja di mahkamah.

“Terima kasih kepada pihak peguam kerana sudi mengambil kes ini. Betul-betul cukup lima tahun baru ada penyelesaian!” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Aishah memuat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.

 

Peguamnya iaitu Mohammad Izwan Azmi memberitahu pihak penaja hadiah berkenaan tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri.

“Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini selesai. Terdapat proposal settlement dari pihak penaja dan Aishah sendiri telah bersetuju.

Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang

DATUK AISHAH

PENYANYI

“Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja,” jelasnya.

Pada GV4 itu, Aishah dinobatkan sebagai juara manakala tempat kedua dan ketiga adalah penyanyi Liza Hanim dan Lan Solo.

 

 

Sumber: mStar (Farol Hadi)