“Macam tak logik”
Tidak dengan itu, Halimah kemudiannya berkongsi pula kisah dialaminya di dalam kumpulan ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official’ agar orang lain mengambil iktibar dan lebih berhati-hati.
Namun, lain pula respon yang diterima apabila ada yang mengatakan ceritanya tak logik dan direka.
“Takkan waktu buat tak perasan”
“Dia suruh kita berhati-hati”
Bagaimanapun, sebilangannya pula menyelar respon berkenaan kerana yakin bahawa kejadian sebegitu tiada yang mustahil, cuma belum terjadi kepada diri sendiri sahaja.
“Tak ada yang pelik pun”