Kongsi hantaran berbaur sindiran, Azhar Sulaiman perli siapa?
Tak habis lagi nampaknya! Pelakon lama, Azhar Sulaiman sekali lagi menarik perhatian ramai selepas berkongsi satu lagi kata-kata di Instagram miliknya. Walaupun tidak menyebut nama siapa-siapa tapi ayat yang dikongsikannya seakan menyindir pelakon remaja perempuan yang sebelum ini mendedahkan jenayah gangguan seksual bapanya.
Azhar kali ini mengalu-alukan orang ramai untuk berkongsi masalah keluarga kepada umum kerana percaya banyak kebaikan bakal diperoleh.
Trend terbaru orang-orang Melayu suka…
Perkongsian ini bagaimanapun telah dipadam selepas mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ini kerana ramai yang tidak sependapat dengan Azhar kerana melihat aib dan jenayah adalah satu perkara yang berbeza.
Kredit: xtra