Masih bahagia, Noor Nabila ‘archive’ gambar suami sebab merajuk
Spekulasi berkenaan rumah tangga usahawan dan juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila telah menjadi sorotan apabila didakwa mengalami masalah dengan suaminya, Engku Emran.
Khabar angin berkenaan dakwaan wujud keretakan dalam perkahwinannya telah tular sehingga ke Indonesia dan pelbagai spekulasi mulai timbul susulan tiada lagi gambar dengan suami di Instagram.
Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Harian Metro, Nabila memaklumkan perkahwinannya dalam keadaan baik sahaja dan tindakan ‘menghilangkan’ gambar dengan suami di media sosial adalah disebabkan merajuk dengan lelaki itu.
“Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sebab merajuk.”
@budieychannel “Kita merajuk lama tau,” Noor Nabila
Tak padam pun gambar, archive je
Nabila akui bahawa dalam perkahwinan memang ada pasang surutnya dan tindakan tersebut dibuat dalam keadaan geram.
“Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.
“Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya.
Tahu implikasi yang akan dihadapi
Melalui video yang dikongsikan @budieychannel,Nabila telah dilihat hadir bersama suami di majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan turut mengakui sedar akan kesan yang dibuat susulan melakukan tindakan tersebut.
“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.
“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.
@budieychannel Apa yang anda faham tentang video ini? Satu video 1001 kisah kehidupan. #fyp #ddnkwedding #errafazira
Terdahulu, rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran telah menjadi sorotan media susulan tiada lagi gambar mereka bersama termasuklah gambar perkahwinan di Instagram.
Namun begitu, pada ulang tahun kelahiran Nabila, mereka dilihat masih mesra seperti biasa dan ia menutup segala khabar angin yang bertebaran sebelum ini.
Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir), TikTok budieychannel