Bunga Citra Lestari nyanyi di konsert pakai skirt pendek, penonton di bawah cuma rakam

Bunga Citra Lestari nyanyi di konsert pakai skirt pendek, penonton di bawah cuma rakam

 

Persembahan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari sekali lagi menarik perhatian penonton ketika menjayakan konsert Sound Session di Balikpapan, Kalimantan Timur pada 27 Ogos lalu.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @loeyde berkongsi satu video memaparkan aksi lincah penyanyi berusia 39 tahun itu menyanyikan lagu Ingkar sambil menghulurkan mikrofon kepada penonton.

 

 

@loeyde

cantik banget

♬ suara asli – loeyde – loeyde

Walau bagaimanapun, posisi Bunga atau mesra dipanggil BCL yang memakai skirt pendek dilihat kurang sesuai kerana berada di atas pentas, manakala penonton pula di bahagian bawah.

Foto; IG Gallery BCL

Foto; IG Gallery BCL

Ini kerana segelintir penonton dipercayai mampu ternampak bahagian yang tidak sepatutnya, apatah lagi sudah tentu ramai sedang menggunakan telefon bimbit bagi merakam persembahan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, video pendek berdurasi 10 saat itu mendapat hampir 692,000 tontonan serta ratusan komen yang rata-rata ditinggalkan warganet Malaysia.

Warganet berkata, pemakaian isteri kepada pelakon Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair itu dianggap terlalu seksi meskipun dia memakai seluar pada bahagian dalam.

Selain itu, ada juga segelintir warganet sengaja memberi sindiran kepada BLC dengan mengungkit kisah pemergian arwah suaminya.

 

Terdahulu, tular video persembahan BCL dicium secara spontan oleh penyanyi baru Ray Prasetya sehingga menerima pelbagai kecaman netizen.

Apapun hidup ni kena la bersangka baik, mungkin BLC pakai ‘leggings’ ketat seakan-akan warna kulit.

Sumber: TikTok @loeyde , Instagram Gallery BCL