Bayi dilahirkan luar biasa, bahagian kaki berbentuk seperti tanduk
Seorang bayi yang dilahirkan di India memiliki struktur seperti tanduk pada bahagia bawah tubuhnya bagi menggantikan anggota kaki, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Bayi luar biasa itu dilahirkan di Pusat Kesihatan Utama Manpura, daerah Shivpuri di tengah India.
Doktor-doktor di Pusat Kesihatan Utama Manpura segera merujuk bayi dan ibunya ke Hospital Daerah Shivpuri.
Menurut laporan media tempatan, seorang doktor di hospital berkata bahawa bayi yang baru lahir itu mengalami gangguan tumbesaran dan tidak cukup bulan.
Bagaimanapun, bayi tersebut terus berada dalam keadaan stabil.
Bayi itu telah diletakkan di bawah pengawasan doktor khas di Unit Penjagaan Bayi Baru Lahir Khas (SNCU) hospital itu.
Anak kecil itu dipuji sebagai ‘keajaiban alam’, malah telah dibandingkan dengan versi penjelmaan semula dewa menurut kepercayaan masyarakat Hindu.
Beberapa gambar luar biasa tular menunjukkan kanak-kanak itu yang dilahirkan dengan berat hanya 1.01 kilogram (kg) .