Mona Allen selamat lahirkan anak pertama, sambut baby Merdeka!

Mona Allen selamat lahirkan anak pertama, sambut baby Merdeka!

Pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen selamat melahirkan anak sulung lelakinya di sebuah hospital di Puchong, Selangor jam 2.39 pagi, hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mona di IG storynya, dia memaklumkan dirinya serta anak lelakinya yang dilahirkan pada hari Merdeka itu dalam keadaan baik.

 

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat. Bayi merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Mona dan suaminya yang juga merupakan pelakon, Pekin Ibrahim turut menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta kenalan rapat susulan khabar gembiranya kelahiran anak mereka yang lahir pada hari yang penuh bersejarah.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu pernah berkongsi jantina anak mereka menerusi majlis pengumuman jantina anak sulung mereka kepada umum di laman Instagramnya.

Bukan itu sahaja, Mona mendedahkan kepada orang ramai mengenai berita kehamilannya itu apabila usia kandungannya enam bulan selepas empat tahun berusaha melakukan proses mendapatkan anak atau Trying to Conceive (TTV).

Malah, Mona memberitahu dia dan juga Pekin melakukan rawatan perubatan islam dan hasilnya, dia berjaya hamil anak sulungnya itu selepas suaminya minum air kelapa muda beserta doa.

Sumber: Instagram @mona.allen