Rakan luah rasa terkilan, wanita maut ditekup teman lelaki gara-gara minta putus

Rakan luah rasa terkilan, wanita maut ditekup teman lelaki gara-gara minta putus

Minggu ini, ramai agak terkejut apabila golongan belia dilaporkan terlibat dalam insiden jenayah berskala besar. Bukan setakat gadis berusia 14 tahun tergamak melarikan seorang bayi, gara-gara dipercayai terbabit dalam sebuah sindiket pada Selasa lalu. Bahkan selang hari berikutnya, seorang pemuda berusia 19 tahun pula ditahan polis gara-gara tergamak meragut hayat teman wanitanya.

Suspek minta bantuan kawan untuk jemputnya pulang…setelah tekup muka teman wanita guna bantal

Sekitar jam 9.12 malam kelmarin, pihak polis daerah Klang menerima laporan daripada seorang wanita. Dia telah dihubungi oleh suspek, yang ingin meminta bantuan untuk ambilnya di Kampung Pandan setelah menekup muka teman wanita dengan bantal sehingga tidak sedarkan diri. Sejurus tiba di lokasi kejadian, seorang gadis berusia 24 tahun ditemui dalam keadaan terbaring kaku di atas katil.

 

@aliyantshaa

Al-Fatihah untuk arwah sababat saya 🤲🏻 moga tenang ya disana sayang 🤍🥺 #systaahighway

♬ Saat Terakhir – ST12

Akhirnya ditahan polis sewaktu cubaan melarikan diri…punca kejadian, teman wanita ingin memutuskan hubungan

Tidak lama selepas itu, suspek berjaya dicekup di tepi jalan ketika sedang berusaha untuk melarikan diri. Hasil siasatan awal mendapati remaja lelaki tersebut bebas daripada rekod jenayah lampau, dan kejadian tersebut berpunca apabila teman wanitanya ingin memutuskan hubungan mereka.

BFF Luah Terkilan, Gadis Ditekup Teman Lelaki Gara-Gara Minta Tamatkan Hubungan 2

 

 

BFF Luah Terkilan, Gadis Ditekup Teman Lelaki Gara-Gara Minta Tamatkan Hubungan 3
Suasana di lokasi kejadian
BFF Luah Terkilan, Gadis Ditekup Teman Lelaki Gara-Gara Minta Tamatkan Hubungan 4
Foto dipercayai suspek yang tular di Twitter

Bukan tak reda tapi terkilan dengan cara pemergian kau sahabat…rehatlah di sana, harap si pelaku dapat balasan setimpal

Kehilangan mengejut Nurul Shahiera binti Abdullah nyata meruntun jiwa beberapa sahabat baiknya. Menerusi perkongsian di TikTok, saudari Echa Mazlan meluahkan telah banyak kenangan yang dicipta mereka sepanjang bersama. Justeru itu dia cukup ralat dengan cara pemergian Allahyarhamah, selain berharap si pelaku akan menerima balasan setimpal atas jenayah tersebut.

 

@echaaaaaaa58

Terlalu banyak kenangan kitaa shira 😭 aku masih macam dalam mimpi dapat berita ginii 🥺 Kitaa rapatt kew mana2 kita berdua jew, walau kita pernahh bersilih pahamm 😭 Selalu aku datang rumah kau, kau sambut aku datang kali nie aku datangg rumah kauu dah takbernyawa lagi 😭 Tiada lagi panggilan “TELETUBBIES” “KAK KAU OKEY TAK” “KAK JOM TEMAN AKU” 😭 Aku harap sangat si simpulan diberi balasan setimpal 🙏🏻🙏🏻 Walau kau dah pergi tinggalkan akuu, aku tetap ada disini tunggu kau shira 😭😭😭 Ya Allah 😭😭 Semoga tenang disana Nurul Shahiera 🤲🏻 Dalam ingatan 24/8/22 😢😭 #fyp #fypage #fypシ #foryou #masukberanda #dalamkenangan #alfatihah #memories

♬ Bila Tiba – UNGU

@echaaaaaaa58

Bukan takredha tapi terkilan dengan cara pemergian kau sahabat 😭 Rehatlah disana dah terlalu penat kau di dunia nie 😭 Aku harap sangat si pelaku dapat balasan setimpal 🤲🏻🙏🏻 #fypシ #fyp #Shirainmemories #dalamkenangan #masukberanda #fypシ゚viral

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Kredit : TikTok echaaaaaaa58aliyantshaa & Harian Metro