Anak dedah Najib sedang biasakan diri dengan rutin baru, “Alhamdulillah daddy sihat”
Nampaknya, rutin harian bekas perdana menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak nyata berubah 360 darjah memandangkan beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210juta.
Disebabkan itu, ramai mula bertanyakan tentang keadaan terkini Najib yang telahpun di bawa ke penjara Kajang sebelum ke Sungai Buloh untuk memulakan hukuman.
Anak maklumkan Najib sihat
Susulan daripada itu, anak perempuannya, Nooryana Najwa telah memuat naik Insta Story menyatakan yang bapanya masih dalam proses membiasakan diri dengan rutin baharu.
“Alhamdulillah daddy dalam keadaan sihat dan semangat perjuangan daddy masih kuat”
“Keperluan asas daddy juga telah diberikan dan daddy sedang membiasakan diri dengan rutin baru -berbeza dengan jadual harian Bossku yang sentiasa padat.” tulisnya.
Walau bagaimanapun, pagi tadi Najib telah hadir ke mahkmah untuk perbicaraan kes 1MDB pula dan ahli keluarga terdiri daripada anak, isteri dan penyokong telah hadir memberikan semangat.
Dalam pada itu, Yana sempat mengucapkan terima kasih kepadapengawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana mengambil berat tentang keadaan Najib dan dia amat menghargai keprihatinan tersebut.
Terdahulu, bekas perdana menteri ke-6 itu telah gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta. Oleh itu, beliau telah dihukum penjara selama 12 tahun serta denda sebanyak RM210juta.
Sumber: Instagram yananajib