Muat naik iklan ‘Super Ring’ berunsur sindiran, pasar raya AEON dikecam netizen

Muat naik iklan ‘Super Ring’ berunsur sindiran, pasar raya AEON dikecam netizen

Gara-gara mengambil kesempatan dan bersikap tidak sensitif, pasar raya terkemuka AEON telah ditegur oleh seorang pengguna Facebook.

Ini berikutan langkah AEON yang memuat naik iklan snek ringan atau ‘jajan’ Super Ring yang bersifat sindiran sejurus selepas Datuk Seri Najib Razak dibawa ke penjara selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng dana bernilai RM42 juta.

Walaupun iklan dan hantaran mengenai Super Ring tersebut telah dipadam, pengguna Facebook Mimi Sahila Norbit menganggap tindakan AEON tersebut sebagai memalukan dan tidak beretika. Berikut merupakan hantaran penuh yang dibuat olehnya:

Super Ring AEON

 

 

Harap pengurusan AEON Retail Malaysia kali ini bawa la budaya Jepun ke Malaysia sebab katanya lepas ni Jepun sendiri akan ambil alih semula pengurusan AEON CO. (M) BERHAD.

Bekerja di bawah pengurusan Jepun baru kau tahu langit tinggi rendah, kau buat la perangai macam tu, nanti kau tahu la apa CEO Jepun tu buat.

Sejak belakangan ini, saya nampak marketing AEON agak murahan.

Sepatutnya dalam bidang perniagaan berskala besar dan mega, AEON sepatutnya bertindak sebagai non-partisan.

Saya sendiri pernah bekerja di AEON antara tahun 2010 hingga 2012, namun saya tidak membawa mentaliti murahan dalam politik.

Sejak belakangan ini, AEON ni entah la sangat memalukan sangat, dengan acah-acah “try hard” buat video lakonan yang pada saya sampah, maaf la sebab memang sampah pun.

Patut kalau rasa di ibu pejabat tu tak ada kerja sangat, pergi bantu cawangan tu.

Ni tidak yang di ibu pejabat acah-acah gah, sempat buat TikTok bagai demi “content” walhal nak buat 1 video pada saya makan masa, bukankah itu buang masa dan patutnya masa yang terbazir dimanfaatkan dalam pengoperasian?

Ini tidak, yang di ibu pejabat pandai dan hebat pertikai itu dan ini kemudian yang jadi mangsanya pekerja di cawangan la dikerah-kerah.

Kesian pekerja-pekerja cawangan ni, ibu pejabat buat hal mereka kena hadap.

Ada pekerja AEON cakap semalam pelanggan berbangsa India cakap dekat dia, dia bukan BN tapi apa AEON buat tu “it’s not good la adik”.

Sebab apa pelanggan tu cakap macam tu?

Sebab engkau tu syarikat gergasi, syarikat yang sepatutnya bertindak sebagai non partisan tapi buat perangai murahan.

Konon buat stor konsep urban, “style” tapi kalau begini adakah tertonjol konsep berkenaan yang dahulunya dikenali sebagai eksklusif?

Harap ada tindakan pada pekerja berkenaan dan yang terlibat tu dalam menerbitkan tulisan berkenaan di media sosial, buatlah permohonan maaf.

Saya ni kalau AEON betul saya sendiri berdiri dan terbitkan tulisan sebagaimana kisah di AEON MALL SHAH ALAM dulu.

Namun bila perlakuan sebegini, bantah tetap saya bantah kerana ianya suatu tindakan tidak profesional dan bodoh yang bakal menyusahkan keseluruhan organisasi.

Kalau engkau persendirian terkesan, orang peduli apa namun jika ianya melibatkan kepercayaan pelanggan semua sebabkan tindakan terbitan bodoh ni di akhirnya cawangan yang kena hadap kerja bagai tiada penghujung, baiklah jangan kerja sebab di AEON kerja tu kena bersama-sama bukan engkau rasa engkau ibu pejabat engkau gah, boleh sewenangnya.

Maaf, tanpa cawangan dan jualan mereka engkau yang di ibu pejabat duduk di kerusi selesa tu pun tak bergaji, bawa sedar diri sikit ya!

Kenapa Mimi Sahila marah beria ni?

Kerana saya dahulunya belajar Foundation In Management, Foundation In Business, Diploma in Business Management dan kini sedang belajar Bachelor of Communication with Honours jadi melalui cabang belajar saya tahu “do’s” and “don’ts” bukan macam yang menulis ni entah apa kelayakan engkau ni sampai tak tau ke pasal “ethical and unethical writing in business”?

Nak ulas panjang?

Kejap lagi dikatakan saya buat pembentangan pula, jadi renung-renungkanlah ya.

Harap ni kali terakhir la buat perangai begini, jangan sebab kebodohan tangan orang lain seluruh organisasi pula kena hadap isu ini!

Tak salah pun AEON punya iklan ni.

Kau belajar pengiklanan dulu untuk fahamkan.

Cara iklan sebegini dinamakan “puffery”.

Ianya memang legal di sudut undang-undang seperti di bawah ni tapi ianya “unethical” kerana ianya secara tak langsung secara halus menyindir isu semasa dengan emoticon paparan tersebut.

Sebab tu, letaklah seseorang yang wajar tu pada bidangnya, kalau letak sejenis tangkap muat memang mendatangkan musibah la kisahnya!

Sumber: Mimi Sahila Norbit