“In sha Allah Doakan i menang kes, maybe boleh jumpa Dato Mas Ermieyati” – Puteri Sarah Liyana
Di Instagram, pelakon, Puteri Sarah Liyana berdoa agar dia menang kes saman terhadap orang ketiga yang dikatakan mengganggu kehidupannya selama ini. Tambah Sarah, dia ingin bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin sekiranya berjaya memenangi kes tersebut.
Doa menang kes
Menerusi Instagram Story, Sarah dipercayai bersetuju dan menyokong tindakan Mas Ermieyati ketika membentang isu menghendap secara maya di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama, baru-baru ini. Sebagai salah seorang mangsa, Sarah berharap dia berjaya memenangi kes saman yang membabitkan isu berkenaan.
Terdahulu, Mas Ermieyati berkata perbuatan menghendap secara maya tidak membabitkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan emosi. Oleh itu, perkara tersebut dikategorikan sebagai satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). Sementara itu, Mas Ermieyati berkata beliau juga optimis rang undang-undang yang dijangka akan dibacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan, akan diluluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.
Terima kasih Neelofa!
Menjengah di bahagian posting, Puteri Sarah telah memuat naik sekeping foto bersama Noor Neelofa. Menurut Sarah, Neelofa antara sahabat baik yang sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata positif buat dirinya.
You always think you could have done more. That’s why you need a friend. To tell you, you did all you could. Thank you Love.
Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira sebaik sahaja melihat hubungan persahabatan yang terjalin di antara Neelofa dan Sarah. Mereka berharap, Neelofa akan terus berada di sisi Sarah tatkala wanita itu memerlukan sokongan.
Sumber: Puteri Sarah