Hairul Azreen bawa kelurga bercuti di gunung bersalji buat ramai terpegun

Hairul Azreen bawa kelurga bercuti di gunung bersalji buat ramai terpegun

Selalunya kalau kita nak pergi bercuti, pengangkutan utama yang menjadi pilihan orang ramai adalah kapal terbang.

Nak naik kapal terbang dari satu destinasi ke destinasi yang lain pun boleh tahan mahal lebih-lebih lagi jika dari Malaysia ke luar negara.

Memang sebelum bercuti itu kita kena kumpul duit siap-siap untuk membeli segala kelengkapan dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan sebagainya.

Hanis Zalikha dan keluarga naik helikopter ke Banjaran Alps

Tetapi berbeza pula dengan percutian pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang dikatakan ‘another level’.

Sebelum ini mereka menaiki helikopter ke Pulau Redang serta pernah dipelawa oleh individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan untuk menaiki kapal mewah miliknya.

Terbaharu, mereka berdua memuat naik video percutian sekeluarga di Switzerland dengan sekali lagi menaiki sebuah helikopter.

Sumber: TikTok/Hairul Azreen

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (Hairul Azreen), mereka sekeluarga dilihat menaiki helikopter untuk menikmati keindahan gunung salji di Banjaran Alps, Switzerland.

Menurut Hairul, ini adalah kali pertama mereka sekeluarga bercuti ke luar negara selepas tempoh tiga tahun akibat pandemik Covid-19.

Sumber: TikTok/Hairul Azreen

Tengok pemandangan Banjaran Alps dalam video pun sudah terpukau, tak boleh bayang macam mana kalau tengok depan mata sendiri. Seronok betul!

Video percutian mereka ini telah meraih 896,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

 

@hairul_azreen88

The very first time we flew out after 3 long years! Time for a family holiday and it’s gonna be snow much fun!

♬ original sound – Hairul Azreen – Hairul Azreen

Orang ramai teruja tengok rezeki Hanis Zalikha dan Hairul Azreen

Di ruangan komen video berkenaan, ramai yang kagum dengan rezeki dimiliki oleh pasangan selebriti ini sehingga dapat menikmati percutian yang cukup mewah menaiki helikopter.

Siap ada yang berpendapat duit mampu memberi kebahagian.

Setiap orang ada rezeki masing-masing. Tak dapat pergi sana, tengok video orang pun dah cukup seronok. Mana tahu nanti ada rezeki kita pula kan?