Tular media Indonesia keluar kenyataan berita Engku Emran & Noor Nabila bercerai?

Tular media Indonesia keluar kenyataan berita Engku Emran & Noor Nabila bercerai?

Rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila telah menjadi sorotan media sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila tiada lagi gambar perkahwinannya  bersama Engku Emran di Instagram.

Nabila juga telah menukar profile picture di Instagram bersama anak tersayang, Jebat Jayden yang mana sebelum ini merupakan gambar pernikahannya.

Berita Indonensia buat spekulasi

Walaupun spekulasi tersebut tergantung disitu sahaja tanpa ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak, namun media Indonesia dilihat telah menulis berita yang berlainan daripada ‘khabar angin’ di Malaysia.

Menerusi akaun TikTok @indonesia_today, pihak mereka telah memaklumkan yang pasangan tersebut sudah berpisah.

Hasil tinjauan di TikTok juga, terdapat beberapa media di sana menulis perihal hubungan perkahwinan mereka memandangkan Engku Emran pernah berkahwin dengan selebriti terkenal Indonesia iaitu, Laudya Chyntia Bella.

Dasyat berita seberang

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas telah diterima dan rata-rata netizen Malaysia berasa terkejut dengan ‘keberanian’ berita tersebut memandangkan tiada sebarang penjelasan daripada pasangan itu.

Namun begitu, ada juga netizen Indonesia menyamakan Engku Emran dengan seorang artis Indonesia yang kerap kahwin-cerai dan menjadi bahan ketawa netizen di media sosial.

Lagi power Indonesia dari Malaysia

Kami pun tak dapat lagi berita ni

Vicky Prasetyo versi Malaysia

 

Walau bagaimanapun, berita-berita yag bertebaran di media Indonesia itu tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan di Malaysia sendiri ia masih menjadi spekulasi dan hanya dakwaan sahaja memandangkan Instagram Engku Emran masih ada lagi gambar pernikahannya bersama Nabila.

Semoga perkahwinan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: TikTok indonesia_today