Model tayang dada tersembul di KFW22, netizen persoal status jantina ‘minah copy ori ke ni’

Model tayang dada tersembul di KFW22, netizen persoal status jantina ‘minah copy ori ke ni’

PENGANJURAN acara Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) baru-baru ini dicemari dengan kehadiran seorang model yang kelihatan seperti wanita berpakaian menjolok mata.

Individu berkenaan mencuri tumpuan warga maya selepas dia tampil memakai sut potongan formal serba hijau tanpa kemeja atau blouse.

Lebih menggemparkan apabila individu berambut panjang itu juga dilihat tidak mengenakan pakaian dalam atau bra hingga menampakkan bahagian dadanya.

Salah satu komen mengenai fesyen yang diperagakan.

Bagaimanapun selain menegur tentang isu pakaiannya, netizen dilihat lebih berminat untuk mengetahui status jantina model berkenaan.

Rata-rata netizen mula ‘mentafsir’ bentuk fizikal individu tersebut kerana menurut mereka dia tidak kelihatan seperti seorang wanita selain begitu berani tampil sedemikian di acara yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar, Kedah itu.

“Minah copy ori ni. Miss danok.

“Tengok gaya macam pondan S*jat saja pun.

“Aurat bang. Seluar naikkan sikit. Tutup pusat tu.

“Jantan ke original ni? Dia dekat karpet merah Kedah saja tahu, bukan Met Gala,” tulis beberapa netizen di media sosial.

Netizen meragui status jantina individu itu.

Sementara itu, seorang lagi pelayar turut memberikan respons setelah terkejut melihat penampilan model itu kerana pada mulanya beranggapan gambar tersebut di ambil di Milan Fashion Week dan bukannya di Kedah.

Selain itu, terdapat satu tangkap layar dipercayai milik tuan badan yang memuat naik gambar asal sebelum menjadi tular.

Dengan menggunakan nama Ina (Ny@h), individu itu memaklumkan dia hadir ke KFW22 pada hari ketiga dengan tema Theme Of Stylo.

Untuk makluman, antara jenama yang turut serta ialah Icahfa, Qaira Hijab, Fana Couture, Carl Rino, HLA, Parkson, Nuway, Teva, Birkenstock Studio, Steve Madden dan Swarovski.

Posting asal mengenai gambar yang tular.

 

Susulan itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penganjur KFW2022 termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan tentang penampilan berkenaan.

Hasil semakan awal, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.