Dua pelajar dipanggil polis, bergaduh akibat tak puas hati meja diconteng

Dua pelajar dipanggil polis, bergaduh akibat tak puas hati meja diconteng

 

Semalam, kecoh di media sosial apabila dua pelajar perempuan sebuah sekolah di Kluang, Johor bergaduh di Stadum Taman Kluang Barat sehingga menarik perhatian ramai.

Susulan itu, mereka masing-masing berusia 15 tahun dipanggil dan telah memberikan keterangan kepada pihak polis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 2.15 minit petang ketika pelajar terbabit sedang melakukan aktiviti sukan di stadium berkenaan.

 

Menerusi video itu dilihat seorang pelajar perempuan sedang menyepak seorang lagi pelajar sambil dikeremuni para pelajar lain. Malah, turut kedengaran suara seorang lagi pelajar perempuan sedang menjerit mengerang kesakitan akibat disepak.

Abdul Razak berkata, hasil siasatan mendapati punca sebenar pergaduhan adalah tidak berpuas hati kerana salah seorang daripada mereka menconteng meja di dalam kelas.

“Kejadian tersebut melibatkan dua pelajar perempuan berusia 15 tahun, siasatan awal berpunca daripada rasa tidak puas hati.
“Salah seorang pelajar disyaki menconteng meja belajar dalam kelas pada sebelah pagi membawa kepada pergaduhan di stadium tersebut.”katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan mereka berdua kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis.

Sumber: Twitter @mynewshubKosmo! (Adnan Ibrahim)