Ditanya isu dengan Ajak, Shahrol Shiro jawab ‘kenapa nak bogel- membogelkan’
Luahan yang dibuat oleh pelawak dan juga penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro berkenaan sikap sebenar rakannya yang juga ahli kumpulan Shiro, iaitu Shahrol telah menjadi topik utama beberapa hari kebelakangan ini.
Bermula dengan perkongsian Shahrol yang menyelar tindakan stesen radio sehingga menjentik Ajak meninggalkan komen di Instagramnya, ia seakan menjadi pencetus perbalahan mereka selepas Shahrol menyebut berkenaan ‘rezeki’.
Pendedahan yang dibuat oleh Ajak di portal media membuatkan Shahrol terus dikecam netizen dan meninggalkan pelbagai tuduhan di ruangan IG live yang dibuatnya petang
Luahan yang dibuat oleh pelawak dan juga penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro berkenaan sikap sebenar rakannya yang juga ahli kumpulan Shiro, iaitu Shahrol telah menjadi topik utama beberapa hari kebelakangan ini.
Kenapa kita nak bogel-membogel
Susulan daripada apa yang diperkatakan oleh Ajak, pelawak yang kini terlibat dalam bidang politik memaklumkan yang dia belum sempat menonton video pendedahan sahabatnya itu dan tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana sedang sibuk menguruskan karnival jualan untuk para peniaga tempatan di Johor.
@lagumalaysiaindonesia Replying to @lagumalaysiaindonesia respon shahrul shiro ” Kenapa nk bogel membogelkan ” … #FlexYourFreestyle #artis #malaysia #tiktok #foryou #fyp #fy #shahrulshiro #ajakshiro #fiziali #suriafm #djlin
♬ original sound – Lagu Malaysia Dan Indonesia – Lagu Malaysia Dan Indonesia
Harap semua chill
Menerusi video itu, dia memaklumkan bahawa apa-apa yang jadi sekalipun, Ajak tetap sahabatnya dan dia tetap sayang serta akan terus mengingatinya selalu.
Dalam pada itu pemilik nama sebenar Shahrol Azizie bin Azmi mengatakan mengapa perlu saling ‘membogelkan’ merujuk kepada pendedahan demi pendedahan antara mereka.
Dia juga berharap orang ramai supaya chill serta tidak memanjangkan lagi cerita tersebut.
Sebelum jadi YB dah lipat member2
Perkongsian yang dibuat oleh TikTok @lagumalaysiaindonesia telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen kurang berpuas hati dengan apa yang diperkatakan oleh Shahrol berhubung isu antara dirinya dengan Ajak.
Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka meminta agar perbalahan antara kedua-dua pelawak ini segera berakhir kerana merindui zaman kegemilangan mereka di atas pentas bersama.
“Kacang lupakan kulit”
Jangan anggap buka aib tu jahat
Orang yang buat2 tak paham ni kena jaga2
Sumber: TikTok @Lagumalaysiaindoensia, YouTube Mstar, Instagram shahrol_shiro