‘Hijrah & pengorbanan kecil’, Rico Rinaldi akui rugi besar selepas kurang reka baju seksi
Tugas pereka fesyen sudah tentu akan membuat busana mengikut permintaan pelanggannya. Lebih-lebih lagi pelanggan wanita yang diketahui mempunyai banyak cita rasa sendiri serta idea-idea yang ingin ‘diterjemahkan’ dalam bentuk pakaian.
Ada di antaranya mereka mengikut sahaja kehendak pelanggan namun ada juga memilih untuk memberikan peraturan mengikut polisi mereka.
Tak nak buat baju seksi
Hal tersebut samalah seperti perkongsian pereka fesyen tempatan, Rico Rinaldi yang berkongsi ‘penghijrahannya’ yang berazam tidak membuat pakaian wanita yang mendedahkan aurat.
Menurutnya, dia tidak mahu membuat baju tanpa lining serta seksi dan akan menyatakan hal tersebut ketika berurusan dengan pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatannya.
Kalau korang nk tau, bila aku buat keputusan ni sebaik sahaja aku dpt penjelasan dari Ustazah Asma' Harun hampir 10 orang customer mintak deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000
(Treads) pic.twitter.com/2Zk9zg33gE— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) August 3, 2022
Banyak yang ‘cancel’ buat baju lepas berikan peraturan baru
Menurutnya, dia membuat keputusan seperti itu setelah mendapat penjelasan daripada Ustazah Asma’ berkenaan keberkatan hasil daripada membuat pakaian yang tidak menutup aurat.
Dif ahamkan, sudah beberapa orang membatalkan hasrat menggunakan perkhidmatannya namun dia tetap bersangka baik bahawa akan ada rezeki di kemudian hari.
Terima banyak pujian
Perkongsian yang dibuat oleh Rico telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji apa yang dilakukan oleh pereka fesyen tersebut.
Mereka juga berharap supaya dia istiqomah dalam ‘penghijrahannya’ dan berdoa supaya rezeki yang diperoleh mendapat keberkatan.
InsyaAllah rezeki di mana2
Kita kena kuat hadap ujian ketika niat berubah
Terus berjuang Rico & kekal istiqomah
Untuk makluman, Rico Rinaldi pernah mereka busana untuk majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dan beberapalagi artis besar Tanah Air.
Sumber: Twitter @ricorinaldi