Video kereta kesayangan ‘digesel’ BMW Singapura, Tunku Ismail luah rasa kecewa
Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim meluahkan kekecewaan di platform Instagram miliknya apabila kereta kesayangan calar ‘digesel’ oleh sebuah kenderaan jenis BMW. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bahru , hari ini.
Tunku Idris dilihat turut berkongsi gambar kedua-dua buah kereta tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian insiden itu.
Menerusi rakaman CCTV tersebut, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 2.17 minit petang ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura iaitu SLE 6442A memasuki ke ruang parkir yang kosong.
Tidak berdiam diri, pemandu lelaki tersebut keluar daripada kenderaannya untuk pergi melihat keadaan kereta Honda e milik Tunku Idris sekiranya berlaku kerosakan atau tidak.
Video Player
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan iaitu Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum tentang kejadian tersebut.
Jelasnya, kejadian tersebut dibuat di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan dan tindakan seterusnya akan diputuskan sebaik sahaja selesai hasil siasatan.
Sekadar info, kereta dipandu oleh Tunku Idris merupakan kenderaan elektrik buatan Honda, iaitu Honda e, kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik. Malah, harga kenderaan tersebut dianggarkan bermula dari RM210,000 bagi pasaran Malaysia.
Turut difahamkan hanya terdapat empat unit sahaja kereta model itu yang berada di Malaysia dan salah sebuahnya dimiliki oleh Tunku Idris.
Sumber: Instagram @tunku_idris, Harian Metro (Omar Ahmad)