Ibu dakwa anak austime jadi mangsa dera pusat terapi
Sejak pagi tadi, tular beberapa kepingan gambar di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dikatakan menjadi mangsa dera oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut wanita dikenali Cik Puan Zetty, anaknya berusia 6 tahun telah dicubit sehingga meninggalkan kesan lebam berbentuk lima jari di bahu kiri dan kesan cubitan pada bahagian dada.
“Lebam di bahu kiri ini berbentuk jari, cukup 5 jari, ditambah dengan kesan cubitan di dada. Sampai pecah darah, sampai lebam kau buat pada anak ini”tulisnya.
Difahamkan kanak-kanak lelaki dikenali Tuan Muhammad Uwais Abrisam dihantar ke pusat terapi berbayar iaitu Penawar Special Learnig Centre (PSLC Skudai) yang bertempat di dalam Fakulti Biomedical Science and Health, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kejadian berlaku pada 7 Julai lalu.
Bila minta penjelasan cakap tak perasan ada lebam!
Lebih mengecewakan wanita dikenali sebagai Cik Puan Zetty itu adalah jawapan yang diberi oleh individu berkenaan dengan mengatakan mereka tidak perasaan kesan lebam pada tubuh badan kanak-kanak.
“Ahli terapi terlibat jawab Abrisam meronta masa buat aktiviti dan cakap; tak sangka lebam, tak perasan. Badan mudah tinggal bekas, maaf puan!”katanya.
Cik Puan Zetty berkata, ia bukanlah pertama kali berlaku sebaliknya berkali-kali namun alasannya tetap sama iaitu tidak perasan dan berlaku kerana anak autisme itu meronta-ronta ketika melakukan aktiviti. Alasan yang diberikan itu jelas menunjukkan pusat terapi berkenaan tidak mempunyai barisan tenaga kerja terlatih dan profesional seperti yang diwar-warkan pada umum.
“Kecederaan ini bukan pertama kali, dan setiap kali berlaku ahli terapi itu akan cakap anaknya tidak memberi kerjasama dan bermacam-macam alasan yang tidak masuk.
“Bayaran bulanan anak kami bukan murah! Kami tidak hantar anak kami ke pusat terapi tapi anda latih menjadi komando. Kalau sungguhpun anak ini tak bagi kerjasama, anda perlu untuk cengkam bahu dia, anda tampar muka dia, anda cubit dan herdik dia!”luahnya.
Bila minta nak tengok CCTV kemain banyak lagi alasan!
Malah, dia turut meminta kebenaran daripada pihak pengurusan pusat terapi berkenaan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) namun menghampakan kerana banyak alasan diberikan seperti masih belum memasang CCTV dan mahu berpindah.
Alasan yang diberikan itu jelas menunjukkan pusat terapi tersebut tidak mengutamakan keselamatan kanak-kanak yang datang menjalani rawatan selain memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada para pekerja.
“Macamlah kalau pindah, CCTV itu tak boleh dicabut, logiklah sikit pusat terapi berbayar, tiada CCTV? Bagaimana nak pantau pekerja buat kerja dan keselamatan anak-anak? Cara kerja ikut tatacara operasi standard (SOP) atau tidak? Kiranya percaya bulat-bulat apa ahli terapi cakap?”soalnya.
Doktor sahkan anak cedera kerana didera
Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, wanita tersebut terus membawa anaknya ke hospital terletak di Kulai pada 8 Julai lalu dan hasil pemeriksaan mendapati Abrisam memang didera.
Susulan itu mereka terus membuat laporan di Balai Polis Kangar Pulai dan kes tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara.
“Untuk makluman, kami dah ikut prosedur. Polis minta dibawa dan dirujuk ke Pakar Kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail. Laporan perubatan dah keluar, anak saya dah disahkan didera.”maklumnya.
Tapi, polis masih senyap sehingga kini
Bagaimanapun sehingga kini tiada apa-apa tindakan dilakukan oleh pihak polis dan pelaku tersebut dilihat masih pergi ke pusat terapi seperti tiada apa yang berlaku.
Bukan itu sahaja, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada awalnya memaklumkan akan menyiasat kes tersebut namun sepi tiada khabar.
Sumber: Facebook Cik Puan Zetty