“Kita boleh sembang kat Twitter je” Fahmi Reza tolak jemputan TMJ untuk berjumpa
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang aktivis politik dan artis satira iaitu Fahmi Reza menolak jemputan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Difahamkan, perjumpaan tersebut bertujuan untuk menjernihkan kembali hubungan antara aktivis tersebut dengan Tunku Ismail dimana sebelum ini timbul salah faham berkaitan perbezaan penerimaan grafik antara Tunku Ismail dengan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Tengku Hassanal menerima baik terhadap hasil grafik yang dilakukan oleh Fahmi manakala, Tunku Ismail disebaliknya yang bertindak menyekat akaun Twitter aktivis tersebut.
Bagaimanapun, Tunku Ismail telah memohon maaf kepada Fahmi melalui hantaran mesej kerana menyekatnya di Twitter dan berjumpa dengannya secara bersemuka
Namun, pelawaannya ditolak baik oleh lelaki tersebut kerana dia tidak mahu mempunyai bersama elit politik atau orang yang datang dari kelas pemerintah kerana tak mahu dilabel tidak adil di mata orang ramai.
Tak ada adab dengan Tunku Ismail
Malah, perkongsian tersebut turut mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen kerana cara perbualan Fahmi bersama Tunku Ismail dianggap kurang ajar dan tidak menghormati kerabat diraja. Mana tidaknya, Fahmi hanya membahasakan ‘kamu’ kepada Tunku Ismail yang sepatutnya menggunakan panggilan ‘Tuanku’.
Berani betul Fahmi Reza ni!
Pun begitu, ada juga netizen yang menyokong perbualan antara Fahmi bersama Tunku Ismail dan memuji keberanian aktivis itu dalam menyuarakan pendapatnya ketika menolak pelawaan Tunku Ismail.
Sumber: Twitter @Fahmi Reza