Sharnaaz Ahmad pasang bodyguard, tugas bantu kawal diri

Sharnaaz Ahmad pasang bodyguard, tugas bantu kawal diri

 

Baru-baru ini, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad telah terpalit dengan satu kontroversi sehingga dia direman selama tiga hari untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menumbuk dan menendang seorang lelaki di kondominium di Segambut.

Susulan daripada itu, Sharnaaz mengambil pendekatan untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengelak sebarang masalah pada masa hadapan.

Untuk bantu kawal diri

Menerusi laporan dari Harian Metro, pelakon asal Pulau Pinang itu memaklumkan yang tugas  pengawal peribadi yang mendampinginya adalah untuk membantu mengawal dirinya dari terbabit dengan sebarang kontroversi lagi selepas ini.

“Memang saya menggunakan khidmat pengawal peribadi, tetapi tujuan utama bukan kerana faktor keselamatan sebaliknya bagi mengawal saya.
Ini supaya saya tidak terbabit dengan sebarang masalah pada masa akan datang. Jika rasa saya hendak terbabit dengan masalah, dia kena cepat-cepat tarik saya.”

Tak kisah tanggapan orang lain

Jelasnya lagi, dia tidak kisah sebarang tanggapan orang ramai berkenaan tindakannya kerana dia sememangnya memerlukan seseorang untuk mengawal dirinya supaya tidak membuat sebarang tindakan diluar jangka.
“Terpulang kepada sesiapa untuk membuat andaian masing-masing, namun saya perlukan seseorang untuk mengawal saya,” katanya.

 

Terdahulu, Sharnaaz telah direman selama tiga hari susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang penduduk kondominium apabila memaklumkan yang dirinya ditumbuk dan ditendang oleh pelakon tersebut.

Walau bagaimanapun, selepas memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis, Sharnaaz telah dibebaskan.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita)