CEO uji tembok rumah yang dibina, tolak sebelah tangan boleh jatuh
Dalam mendapat sesebuah rumah, sudah pastinya aspek keselamatan antara yang menjadi faktor utama. Hal ini berikutan sesebuah kediaman bakal digunakan untuk kegunaan sendiri atau penyewa dalam tempoh yang panjang sekaligus mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.
Kenaikan harga rumah pada masa kini secara tidak langsung turut membuatkan para pembeli mengharapkan rumah yang dihasilkan pemaju setimpal dengan harganya serta elak daripada insiden melibatkan ‘penjimatan bahan’.
Dalam pada itu, lain ceritanya dengan video yang dikongsikan TikTok @datoismail88 yang juga merupakan CEO BubbleBee di mana beliau mendedahkan hasil tembok rumah yang dibangunkan pihak pemaju.
Meskipun rumah yang dikongsikan masih belum siap sepenuhnya, dapat dilihat tembok yang sudah disimenkan sangat mudah untuk diterbalikkan di mana hanya memerlukan seorang individu untuk menolaknya menggunakan sebelah tangan sahaja.
@datoismail88 Remuk hati
Perkongsian yang dilakukan nyata berjaya mendapatkan ribuan komen netizen yang mempersoalkan kualiti rumah yang dibangunkan pemaju ini. Malah, ramai yang memaklumkan ketiadaan besi sokongan untuk dijadikan tulang pada tembok yang dibangunkan antara yang membuatkan tembok tersebut mudah untuk jatuh dan dirobohkan.