Persoal agama wanita buka hijab di Mekah, netizen kecam anak Zahid Hamidi “share aib orang boleh pulak?”

Persoal agama wanita buka hijab di Mekah, netizen kecam anak Zahid Hamidi “share aib orang boleh pulak?”

 

Nama Nurul Hidayah Zahid rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum mengetahui anak kepada Presiden Umno itu seringkali lantang menyuarakan pendapatnya di media sosial.

Terbaharu, perkongsian Nurul Hidayah atau lebih dikenali Kak Long sekali lagi mencuri perhatian warganet menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Hidayah dilihat mengkritik seorang wanita yang dikatakan menanggalkan tudungnya ketika berada di sebuah kafe di Mekah baru-baru ini.

 

 

Dalam masa yang sama, dia turut mempersoalkan agama wanita berkenaan selain tertanya-tanya sama ada inidvidu itu masuk ke tanah suci melalui visa pelancong.

Tidak cukup dengan itu, anak kepada Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengatakan wanita itu berkemungkinan mengalami masalah mental kerana bertindak membuka tudung di khalayak ramai.

” Saya tak pasti dia beragama apa setelah Saudi membuka ruang ‘Tourists Visa’. Adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Mekah? Atau wanita ini sedang mengalami masalah mental?”tulisnya.

Dalam pada itu, Nurul Hidayah mengatakan dirinya tergerak untuk bangun dari kerusi dan mahu mengetahui masalah sebenar wanita tersebut. Akan tetapi, tindakannya itu dihalang oleh suami.

Difahamkan perkongsian itu menerima kritikan ramai sehinggakan anak politik tersebut terpaksa menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Walau bagaimanapun, terdapat warganet yang dikenali @KucingKuncitara pantas berkongsi tangkap layar hantaran tersebut dengan memuat naik semula ke platform Twitter .

Katanya Nurul Hidayah sepatutnya tidak cepat mudah latah dan nilai seseorang memandangkan dia sudah mengerjakan ibadah haji.

 

Kongsi aib orang kat media sosial boleh pulak?

Selain itu, ramai meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan Nurul Hidayah memuat naik gambar wanita berkenaan di media sosial yang dikatakan seolah-olah membuka aib seseorang.

Sumber: Instagram @nurul.zahid, Twitter @KucingKuncitara