Tunang sempat ride motor sekali sebelum terlibat nahas “terima kasih untuk 5 bulan ini”

Tunang sempat ride motor sekali sebelum terlibat nahas “terima kasih untuk 5 bulan ini”

Belum pudar rasa pilu kehilangan anak ketiga sekitar 4 bulan yang lalu, tak sangka anak kembar pula terbabit nahas motor semalam. Itulah dugaan besar terpaksa dilalui oleh pasangan Mohd. Abdul Sani dan Mashitah Md Isa susulan kejadian di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Jelutong yang turut mengorbankan cahaya mata sulung mereka iaitu Mohd Syazwan Hakim.

 

"Terima Kasih Untuk 5 Bulan Ni" - Tunang Sempat Ride Motor Sekali Sebelum Nahas 2

"Terima Kasih Untuk 5 Bulan Ni" - Tunang Sempat Ride Motor Sekali Sebelum Nahas 3
Kredit foto : BH Online

Suasana sayu mengiringi sesi pengebumian Allahyarham Shazwan Hakim

Allahyarham Shazwan Hakim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Maung sekitar jam 5.30 petang semalam. Suasana sayu jelas mengiringi kira-kira 50 sanak-saudara dan kenalan rapat Allahyarham yang turut hadir ke sana. Sementara itu, adik kembarnya iaitu Mohd Syazwan Hafiz dilaporkan masih lagi menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

 

@mhdzafril

Semoga Tenang Disana Sahabat Muhammad Shazwan Hakim(Kembaq Abang BLT) 🥰🤲🏼 Al-Fatihah(Dibaca) #orangbaikramaisayang #kitabaikramaisayang🖤

♬ original sound – @cik Ayreen Yusoff – @cik Ayreen Yusoff

 

 

 

@syiera776

alfatihah ank syurga syunk.. bley jumpa adik baby haikal kat sna😔#peneng #bulatmotor #adikkembar #abgkembar

♬ original sound – TeaTarikAis🧋 – TeaTarikAis🧋

Tunang minta temankan pergi ke sana…tiba-tiba rakan beritahu dia terlibat nahas

Dalam pada itu, tunang Allahyarham turut meluahkan rasa pilu apabila ternampak pemuda berusia 22 tahun berkenaan terbaring atas jalan semasa tiba di lokasi nahas. Terdahulu, Shahzeleen Shahnees diajak untuk temankan ke lebuh raya tersebut tapi sambil menunggang motosikal berasingan. Bagaimanapun, dia tidak nampak kejadian yang berlaku tersebut sekali gus mengenal pasti apakah puncanya.

"Terima Kasih Untuk 5 Bulan Ni" - Tunang Sempat Ride Motor Sekali Sebelum Nahas 4

"Terima Kasih Untuk 5 Bulan Ni" - Tunang Sempat Ride Motor Sekali Sebelum Nahas 5

Dugaan bertunang makin berat bila you takda di sisi, terima kasih untuk 5 bulan ni…cakap nak tengok adik you kan? Hajat dah tercapai sayang

Gara-gara tempoh pertunangan mereka hanya bertahan selama 5 bulan sahaja, Shahzeleen akui agak sukar untuk menerima realiti pahit tersebut. Meskipun terlalu rindu pada yang sudah tiada, tetapi gadis 20 tahun ini menghargai semua kenangan yang pernah dicipta bersama. Sekurang-kurangnya, ‘hajat’ Allahyarham untuk menemani adiknya yang pernah dijemput Ilahi Mac lalu tercapai jua.

 

Kredit : IG leenbain , syiera776 & Malaysia Gazette