Gempar! 9 maut dalam kemalangan jalanraya terbesar di dunia
9 maut dalam kemalangan jalanraya terbesar di dunia.
Kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya 133 kenderaan itu berlaku pada 6 pagi tadi di Lebuhraya Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat.
Berdasarkan laporan awalan, cuaca pagi itu sejuk luar biasa dan lebuhraya menjadi licin akibat air yang beku di atas permukaan jalan.
Ini menyebabkan kereta tidak dapat berhenti dan mudah tergelincir sehingga mengakibatkan pertembungan di beberapa tempat sepanjang 1.6 kilometer di lebuhraya itu.
Lebih 50 kenderaan berat terlibat dalam kemalangan berkenaan. Antaranya adalah treler kontena sepanjang 40 kaki yang telah tergelincir dan menyekat kesemua 3 lorong lebuhraya itu.
Akibatnya, puluhan kereta telah bertembung dengan treler berkenaan sehingga menumbangkan treler itu ke jalanraya.
Puluhan mangsa terperangkap di dalam kenderaan mereka berjam lamanya dan operasi penyelamat telah berlarutan sehingga ke lewat tengahari.
Disebabkan remuk teruk, kebanyakan mangsa hanya mampu dikeluarkan melalui bantuan jentera berat.
“Operasi menyelamat masih berjalan dan kami perlu memastikan kesemua kenderaan telah diperiksa dan semua mangsa mendapat rawatan sewajarnya.” kata Daniel Segura, salah satu pegawai penyelamat.
“Lebuhraya ini kini ditutup buat sementara waktu dan kenderaan perlu mencari jalan lain untuk ke destinasi mereka.” katanya lagi.
Dalam laporan berasingan, lebih 65 pesakit telah melaporkan diri di beberapa klinik dan hospital di kawasan itu disebabkan kemalangan yang sama.
Kerugian masih belum dikenalpasti, dan dianggarkan sekurang-kurangnya USD50juta termasuk kos menyelamat dan pembersihan lebuhraya.
“Ini merupakan kali pertama kita meihat kemalangan yang sebegini, dan kita berdoa ini juga adalah kali terakhir.” kata Ketua Polis Texas, Neil Noakes.
35 daripada mangsa kemalangan turut memerlukan rawatan kecemasan di tempat kejadian, manakala 3 dihantar ke hospital melalui helikopter kerana berada pada tahap kritikal. – FB