Pelawak Afdlin Shauki dikritik, bangkang kelab komedi ditutup

Pelawak Afdlin Shauki dikritik, bangkang kelab komedi ditutup

 

 

 

 

Pelawak dan pengarah, Dato’ Afdlin Shauki meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) terpaksa ditutup sementara kerana perbuatan seorang ‘pelawak’ wanita baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, Afdlin membangkang sekeras-kerasnya penutupan premis tersebut dan mengatakan pihak berkuasa tidak seharusnya mengenakan tindakan terhadap kelab komedi.

Pelawak berusia 51 tahun tersebut turut membuat perbandingan situasi peserta renang yang mengambil steroid sehingga terpaksa menutup kolam renang. Sedangkan dalam kes tersebut yang harus dipersalahkan adalah perenang dan bukannya kolam renang.

“Takkan kita tutup swimming pool (kolam renang) pasal seorang peserta renang ambil steroid? Itu salah perenang, bukannya swimming pool.”tulisnya.

 

Jelas Afdlin, Crackhouse merupakan sebuah tempat di mana ramai pelawak yang baru berjinak-jinak melakukan komedi solo di depan orang ramai.

“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak komedi solo baru mempelajari seni ini. Open mic dibuka kepada amatur yang ingin mencuba konten mereka di khalayak ramai.” ujar Afdlin lagi.

Dalam masa yang sama, Afdlin mengatakan seseorang pelawak komedi solo perlu mempersembahkan konten mereka di khalayak ramai untuk mengetahui sama ada lawak mereka boleh diterima atau tidak. Dan, sama juga sepeti seorang atlet di mana mereka perlu praktis sehingga sempurna.

 “Untuk check content (semak konten) kita baik ke tak, bagi standup komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai supaya kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai. Sama macam atlet yang kena praktis sampai bagus.”terangnya.

Bagaimanapun, pendapat selebriti itu dikritik ramai kerana perumpamaan yang dinyatakan adalah tidak bersesuaian kerana ia melibatkan sensitiviti keagamaan.