Sharifah Sakinah tampil dengan imej hampir botak, ramai puji cantik

Sharifah Sakinah tampil dengan imej hampir botak, ramai puji cantik

 

 

 

 

 

Pelakon Sharifah Sakinah seringkali berkongsi gambarnya berpakaian menjolok mata di media sosial sehingga menjadi bualan ramai. Namun, lain pula imej yang ditampilkan oleh aktres berusia 33 tahun itu pada kali ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat memakai kemeja berwarna putih bersama potongan rambut hampir botak.

 

 

Perkongsian itu menerima pujian dalam kalangan rakan artis seperti Hun Haqeem, Hafeez Adam, Janna Nick dan Alicia Amin dengan mengatakan penampilan terkini pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu kelihatan ‘hensem’.

Bukan itu sahaja, malah ramai meluahkan keterujaan dengan penampilan terkini adik kepada Sharifah Shahirah itu.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan selebriti itu berani memotong rambut hampir botak kerana tidak ramai wanita di luar sana terutamanya artis lain sanggup bertindak sedemikian.

Malah, mereka turut memasang impian untuk memotong rambut seperti Sakinah.

Terdahulu, Sharifah Sakinah tampil meluahkan ketidakpuasan hati terhadap komen warganet yang mengkritik penampilan rambut anak perempuanny, Anais Adha.

Sumber: Instagram @sharifah_sakinah