“Ingat dah insaf.. sesuai la tu dedua perampas”, status IG Fizi Ali timbul tanda tanya netizen

“Ingat dah insaf.. sesuai la tu dedua perampas”, status IG Fizi Ali timbul tanda tanya netizen

 

 

 

 

 

 

Perkongsian penyampai radio, Fizi Ali di ruangan Instagram Story miliknya mengenai ‘bercinta dengan suami orang’ serta ‘perampas’ mencetuskan tanda tanya.

Tidak menyebut sebarang nama, Fizi memuat naik dua hantaran berasingan di ruangan terbabit.

“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya,” tulis Fizi.

Di hantaran seterusnya, Fizi turut bercakap mengenai topik ‘perampas’.

“Ingatkan dah insaf. Sambung balik tu. Hish, tahniah la si perampas, sesuai la dedua tu perampas,” tulis Fizi lagi.

Sebelum ini, sekitar pertengahan Jun, Fizi pernah meluahkan rasa marah terhadap bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri menerusi ruangan sama.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.