Naib Canselor sempoi layan garaduan ‘naik syeikh’ besilat ketika terima skrol dipuji ramai

Naib Canselor sempoi layan garaduan ‘naik syeikh’ besilat ketika terima skrol dipuji ramai

 

 

 

Ketika ini, kebanyakan universiti tempatan kembali menganjurkan majlis konvokesyen dengan meriah selepas 2 tahun para graduan terpaksa menunggu serta menghadiri konvokesyen dengan SOP yang ketat.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @swimiss.academy telah berkongsi sebuah video memaparkan seorang graduan yang bersilat ketika mahu mengambil skrol pada majlis konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL).

@swimiss.academy

Reply to @mdzamani79 Last call. NC pun sporting. layannn.. unisel awesome #uniseltiktokchallenge2022 #uniselawesome

♬ original sound – Teacher Hadi – Teacher Hadi

Menerusi video itu, dapat dilihat graduan tersebut santai membuka langkah silat di hadapan Naib Canselor. Difahamkan, graduan itu merupakan penerima skrol terakhir dan Naib Canselor juga ‘sporting’ layan gelagat graduan tersebut.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen dilihat memuji keberanian graduan tersebut melakukan aksi silat diatas pentas. Malah, para netizen juga terkejut kerana graduan itu melakukan aksi tersebut.

 

Tidak hanya itu, ada juga netizen mengatakan mungkin disebabkan ianya majlis konvokesyen universit swasta maka boleh melakukan aksi sedimikian. Malah, segelintir netizen juga mengatakan jika ramai graduan buat pelbagai aksi mesti majlis akan bertambah lama.