[VIDEO] Pelakon mengaku dirinya pondan, bernafsu terhadap lelaki maskulin

Siapa tidak mengenali pelakon hebat, Isma Yusoof. Bagi apa saja watak, pasti dia berjaya membawa watak dengan jayanya! Kini, Isma atau nama sebenar Muhamad Ismaizal bin Yusoof bukan lagi pelakon tapi pengarah.

Banyak drama dan telefilem berjaya di bawah arahannya antaranya, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Blok 404 dan banyak lagi. Malah Isma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.

Namun, apa yang menarik perhatian kami apabila baru-baru ini tular sebuah video pengkuan dari Isma sendiri bahawa dia berbanga dirinya pondan. Lebih mengejutkan lagi apabila nafsunya cenderung terhadap lelaki maskulin.

β€œSaya gembira dengan bentuk badan, suara dan wajah saya sebab saya terima diri saya sebagai pondan. Saya memang tak ada nafsu dekat wanita. Saya transgender. Dalam diri saya wanita jadi seksual saya lebih kepada lelaki.

Untuk lihat rakaman video penuh, lihat video di bawah.

 

Tidak pasti sama ada itu adalah gimik atau dirinya mahu berterus terang kepada peminat. Apa pun, moga kita semua diberi petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar. – IR