Bayi perempuan maut dilanggar bas sekolah
Bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya melintas jalan di hadapan rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian 12.15 tengah hari, bayi itu keluar rumah dan mengekori kakaknya yang mahu menaiki bas untuk ke sekolah.
“Ketika kejadian, kakak mangsa tidak menyedari adiknya keluar dari rumah dan mengekorinya sebelum terperosok di bawah bas yang bergerak.