Menerusi video itu, memaparkan Nora memakai dress berwarna hitam menampakkan sedikit bahagian dadanya yang didakwa netizen agak seksi.

Diruangan komen, ada netizen meminta Nora supaya menutup bahagian dadanya itu. Tidak kurang juga ada yang mengecam Nora tidak sedar diri menari terkinja-kinja sedangkan sudah berusia 40 tahun.

Tidak kurang juga, ada mata netizen tertumpu pada dagu pelakon itu dan ada yang menuduh isteri kepada Nedim itu membuat muka disebabkan dagunya kelihatan runcing.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen mendoakan agar Nora diberikan hidayah untuk berpakaian mengikut syariat.