Bimbang kejadian pukul berulang, Ayu Shahira buat laporan terhadap Radhi OAG

Bimbang kejadian pukul berulang, Ayu Shahira buat laporan terhadap Radhi OAG

 

Bimbang kejadian sama berulang, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Shahira terpaksa membuat laporan polis terhadap bekas suaminya iaitu Radhi OAG sebagai langkah berjaga-jaga dan faktor keselamatan.

Berkongsi mengenai insiden yang berlaku pada Selasa lalu itu, Ayu mendakwa bekas suaminya bertindak kas4r terhadapnya selepas permintaan untuk bergambar secara selfie ditolak.

Dakwa wanita tersebut, Radhi secara tiba-tiba bertindak menolak badannya selepas permintaan duduk di sebelah untuk bergambar bersama tidak dilayan.

“Ya, memang betul saya buat laporan polis. Saya buat pun demi keselamatan saya, takvt benda sama berulang lagi. Saya pun tak boleh nak kongsi lebih sebab kes masih dalam siasatan polis.

“Seperti dalam laporan, dia bertindak begitu selepas saya tak nak ambil gambar swafoto bersama. Dia tolak badan saya,” kata wanita berusia 27 tahun itu ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Svspek ditahan di kediamannya di Kota Damansara.

Menerusi laporan media pada Rabu, seorang penyanyi berusia 45 tahun ditahan di kawasan kediamannya di Kota Damansara selepas dipercayai memvul bekas isteri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah kira-kira 2.29 petang.

Tambah Mohamad Fakhrudin, kejadian itu berlaku selepas terdapat perselisihan faham gara-gara m4ngsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

Katanya, pihak polis telah menahan lelaki berkenaan di kediamannya dan hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Dalam pada itu, Ayu Shahira turut berharap Radhi tidak akan mengulangi perbuatan tersebut demi kebaikan anak-anak mereka yang kini sudah bersekolah.

“Saya berharap sangat dia tidak mengulangi perbuatan itu. Kalau tak nak fikir diri sendiri, fikirlah anak-anak. Mereka dah besar dan faham apa yang terjadi.

“Kesian mereka kalau tahu bapanya berkelakuan seperti itu. Anak-anak pun dah bersekolah, bimbang nanti mereka malu dengan kawan-kawan,” katanya.