‘Allahuakbar’ Aizat nafi dakwaan punyai anak sendiri, sabaliknya kongsi berita gembira bakal berkahwin.

‘Allahuakbar’ Aizat nafi dakwaan punyai anak sendiri, sabaliknya kongsi berita gembira bakal berkahwin.

Penyanyi Aizat Amdan menafikan sudah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai seorang anak tanpa pengetahuan masyarakat.

Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan bagaimanapun mengakui bayi tersebut mempunyai hubungan darah dengannnya.

“Astaghfirullah, nauzubillah min zalik. Allahuakbar. Sebenarnya, muka budak itu memang macam muka saya.

“Budak itu yang kalian lihat dalam Instagram adalah anak kakak saya,” kata Aizat, 33, ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, Kuala Lumpur malam tadi.

Ditanya tentang status hubungannya dengan seorang wanita bernama Elyssa Alia yang memuat naik foto berkenaan, Aizat berkongsi berita gembira bahawa individu berkenaan merupakan teman wanitanya.

Akui pelantun lagu Hanya Engkau Yang Mampu itu lagi, dia sudahpun merisik Elyssa pada 12 Februari yang lalu.

“Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia merupakan orang yang istimewa dalam hidup saya.

“Sekarang ini, dia teman wanita sayalah senang cerita. Untuk benda-benda lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian,” ujarnya.

Berkongsi tentang bibit-bibit perkenalan, Aizat memaklumkan, mereka sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan sekarang, Elyssa menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pengurus syarikat miliknya, Kasi Gegar Entertaiment.