Lana Nordin kembali ke tahan air buka ‘Lana’s Bakery Land’ Rita Rudaini pula bertanya yang belum divaksin boleh masuk atau tidak?

Lana Nordin kembali ke tahan air buka ‘Lana’s Bakery Land’ Rita Rudaini pula bertanya yang belum divaksin boleh masuk atau tidak?

Pada tahun lepas, pelakon terkenal Lana Nordin telah memuat naik video dia dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke negara asal suaminya.

“Adios, selamat tinggal,” katanya.

Namun, hanya 6 bulan selepas itu, Lana memuat naik video suaminya, Daud Mackenzie yang menyertai kejohanan bola tampar mewakili Sabah di Shah Alam.

 

Dan lagi mengejutkan semua apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira dia bakal membuka kedai berasaskan bahan bakeri miliknya Lana’s Bakery Land yang bakal dilancarkan dalam bulan ini.

Menurutnya lagi, Lana’s Bakery Land juga menjual produk bakeri siap dimasak termasuk air tangannya sendiri yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

 

Dengan rendah diri, @lanabakeryland coming soon, very very soon pada bulan ini. So bakers bakers harap bersabar, kita akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di Malaysia yang terbesar area Kota Damansara.

“Bukan saja bahan bakeri malah kita ada ready make roti roti dan pastry untuk mereka yang nak rasa produk dari air tangan Lana,” katanya menerusi sebuah posting di laman Instagram.

Menjawab soalan Rita Rudaini yang bertanyakan sama ada artis sendu sepertinya yang belum divaksin boleh atau tidak masuk ke premis Lana’s Bakery Land’ ataupun Lana bakal menggantung papan tanda “hanya yang berdose-dose saja dialu-alukan”, Lana berkata, kedainya tidak mengamalkan diskriiminasi, vaksin atau tidak, boost atau tidak, semua dijemput datang.

“Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari,” katanya lagi.