Beri pokok kepada tetamu sebagai doorgift, rezeki buat yang suka menanam

Beri pokok kepada tetamu sebagai doorgift, rezeki buat yang suka menanam

Dulu-dulu bila pergi majlis kenduri, mesti kita akan teruja untuk dapat gula-gula atau telur. Namun, zaman sekarang, idea doorgift kahwin dah makin kreatif, ada yang bagi cookies, macaron dan set sudu.

@anisusanti.15

pertama kali dapet sovenir bibit tanaman

♬ sahabat tak akan pergi betrand x anneth – sadvibes🥀

Dalam video tersebut, wanita berkenaan mengatakan itu merupakan pertama kali dia menerima doorgift seumpama itu ketika memenuhi undangan majlis kahwin rakannya ketika zaman belajar dulu.

Dapat dilihat bahawa tanaman-tanaman hijau itu masih bersaiz kecil, mungkin sebab keluarga pengantin sengaja bagi anak pokok supaya pemilik barunya boleh mula untuk menjaganya hingga bertumbuh dengan baik nanti.

Difahamkan, ada berbagai jenis pokok yang disediakan, jadi pokok yang seorang tetamu dapat tak semestinya sama dengan tetamu yang lain.

Rata-rata netizen juga mengatakan idea tersebut sangat bagus kerana boleh membantu menghijaukan bumi.

Ada juga netizen lain yang turut berkongsi bahawa mereka juga pernah mendapat doorgift yang sama ketika ke majlis kenduri beberapa tahun dulu.