Tunjuk aksi panas, Zul Ariffin dikecam teruk
![Tunjuk aksi panas, Zul Ariffin dikecam teruk](https://tempoyak.net/wp-content/uploads/2022/03/WhatsApp-Image-2022-03-19-at-9.38.32-AM-e1647653985642.jpeg)
Sejak kebelakangan ini sering kali kita lihat drama Malaysia dikecam ramai atas kerana sudah semakin berani menayangkan babak yang tidak mematuhi syariah agama.
Terbaharu, pelakon kegilaan wanita, Zul Ariffin ada memuat naik satu video memaparkan teaser drama akan datang lakonan beliau iaitu Perempuan Itu.
Bagaimanapun, akibat memuat naik video terbabit, Zul mendapat kecaman yang amat hebat dari netizen kerana tidak menyangkakan pelakon tersebut melakukan adegan itu.
Disebabkan itu, ramai netizen yang merasakan pelakon-pelakon terbabit sudah melampaui batas memandangkan mereka beragama Islam serta berada di negara Islam, jadi adegan itu sememangnya tidak melambangkan imej Islam.
Sekadar info, drama Perempuan Itu merupakan drama bersiri arahan Erma Fatima dan ia dibintangi oleh Zul Ariffin serta Mimi Lana, dimana bakal ditayang pada bulan Ramadan.