Kes kematian covid-19 mencecah 3 angka

Kes kematian covid-19 mencecah 3 angka

Putrajaya: Negara merekodkan kematian tiga angka iaitu sejumlah 105 kes dilaporkan setakat semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan angka korban disebabkan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 34,099 kes.

Menerusi data oleh COVIDNOW, negeri paling tinggi mencatatkan kes kematian ialah Perak dengan 21 kes, diikuti Kedah (17), Johor (13) dan Selangor (12).

ementara itu, mengenai 299,331 kes yang masih aktif di negara ini, data memaparkan setakat ini sebanyak 96.6 peratus atau 289,043 individu kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu terdapat 2,082 pesakit Covid-19 atau 0.7 peratus pula sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hospital (7,832), Unit Rawatan Rapi (ICU) (141) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (233).