Tular video sekumpulan pelajar selesai SPM dikejar polis

Tular video sekumpulan pelajar selesai SPM dikejar polis

Tular di aplikasi TikTok, video memaparkan sekumpulan pelajar dipercayai baru selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunggang motosikal secara beramai-ramai dan berkonvoi telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, mereka turut dilihat menunggang motosikal secara berbahaya dan membuat bunyi bising sehingga mengganggu penduduk setempat.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka akhirnya dikejar Polis setelah menerima aduan daripada orang awam.

spm

Kejadian yang berlaku di Jalan Lingkaran Tengah, Kluang itu telah berjaya dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 130.3K tontonan, 7.4K tanda suka, di laman TikTok.

@akubudakkluang

Kan dah kena hambat… 😂😂😂 #akubudakkluang #ABK

♬ bunyi asal – AkuBudakKluang – AkuBudakKluang

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang terhibur melihat mereka yang lari bertempiaran dan ada juga yang memuji tindakan yang dilakukan Polis berkenaan agar dapat menjadi pengajaran buat pelajar-pelajar tersebut.

“Ni waktu meraikan kemerdekaan, macam la hangpa tak penah dulu dulu camni,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Kejar nak amik no plat je… tunggu ler seminggu lagi sampai ler surat dari PDRM,” tulis seorang pengguna TikTok.