TV Alhijrah dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat.
“Program Trending adalah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.
“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa saja isu di mana-mana platform khususnva di media sosial.
Menerusi kenyataan sama, TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton.
“TV Alhijrah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Terdahulu, ‘Kak Long 7E’ tular apabila videonya dan anak sulung, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, yang dianggap biadab dan keterlaluan di sebuah kedai serbaneka mendapat kecaman netizen awal bulan ini.