Musim e-filing kembali lagi, netizen beri cadangan LHDN perbaharui aplikasi

Musim e-filing kembali lagi, netizen beri cadangan LHDN perbaharui aplikasi

Saban tahun pastinya tiba masa untuk rakyat yang membayar cukai untuk mengemukakan borang nyata tahun saraan dan tahun taksiran bagi menuntut pelepasan cukai masing-masing.

Bermula 1 Mac lalu, pembayar cukai kini boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP.

Pelepasan cukai 2021Sumber : LHDN  

Dan pastinya anda-anda yang berkelayakan untuk menuntut pelepasan cukai sudah boleh mula ‘mencari’ dan ‘mengorek’ mahupun menggeledah laci-laci yang ada bagi mencari resit serta bil yang ada.

Sekadar info, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ada memaklumkan bahawa dokumen berkaitan seperti resit misalnya perlu disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun.

Berikutan itu, ramai sebenarnya tampil memberi pandangan dan juga pendapat mengenai cara yang lebih efisien bagi urusan pelepasan cukai ini kepada rakyat.