Sekadar informasi, pemilik nama penuh Hailey Rhode Bieber ini merupakan anak kepada pelakon terkenal Hollywood, Stephen Baldwin. Dia berkahwin dengan Justin Bieber pada November 2018 ketika berusia 22 tahun.
Isteri Justin Bieber alami simptom strok, doktor temui ketulan darah beku kecil di otak
Strok tidak mengenal usia dan sesiapa pun, tidak kira tua atau muda, penyakit tersebut boleh menyerang. Ini dialami sendiri oleh figura terkenal Hailey Bieber, isteri kepada penyanyi, Justin Bieber.
Dia dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom strok ketika sedang menikmati sarapan pagi, Khamis lalu. Merupakan seorang peragawati dan pelakon, wanita cantik itu berkongsi berita tersebut dalam satu perkongsian panjang di Instagram.
“Pada Khamis pagi ketika sedang menikmati sarapan pagi bersama suami, saya mula mengalami simptom seperti strok dan dibawa terus ke hospital. Mereka mendapati saya mengalami ketulan darah beku kecil di otak yang menyebabkan masalah kekurangan oksigen.
“Tetapi masalah tersebut di atasi sendiri oleh badan saya dan saya pulih dalam masa beberapa jam. Walaupun begitu, ini merupakan satu perkara paling menakutkan yang pernah lalui,” kongsinya.